Harry Potter dengan Batu Hikmat
Harry Potter dengan Batu Hikmat

Harry Potter dengan Batu Hikmat

Harry Potter dengan Batu Hikmat (Bahasa Inggeris: Harry Potter and the Philosopher's Stone (UK), Harry Potter and the Sorcerer's Stone (AS)) ialah sebuah novel pengembaraan fantasi tahun 1997 karya [[[J. K. Rowling]]. Ia adalah buku pertama dalam siri Harry Potter.Buku ini telah memenangi kebanyakan anugerah penulisan di Britain yang diadili oleh kanak-kanak dan anugerah-anugerah lain di Amerika Syarikat. Buku ini telah mencapai kedudukan teratas dalam senarai fiksyen terlaris New York Times pada Ogos 1999 dan kekal di posisi tersebut pada 1999 dan 2000. Ia telah diterjemahkan kepada lebih 73 bahasa di seluruh dunia dan telah difilemkan menggunakan tajuk yang sama.Buku ini berserta dengan buku-buku lain dalam sirinya telah dikecam oleh beberapa kumpulan keagamaan dan diharamkan di sesetengah negara kerana dituduh mempromosikan sihir dan ilmu hitam, tetapi beberapa pengulas keagamaan menyatakan bahawa buku ini memberi penekanan terhadap beberapa pandangan, termasuk pengorbanan dan cara bagaimana keputusan seseorang boleh mempengaruhi dan membentuk personaliti individu. Siri Harry Potter telah digunakan sebagai sumber dalam pengajaran dalam bidang teknik pengajaran, analisis sosiologi dan pemasaran.

Rujukan

WikiPedia: Harry Potter dengan Batu Hikmat http://www.accio-quote.org/articles/1999/1299-wamu... http://www.accio-quote.org/articles/2000/0700-hott... http://www.accio-quote.org/articles/2000/1000-scho... http://www.accio-quote.org/articles/2001/1201-bbc-... http://www.accio-quote.org/articles/2004/0804-ebf.... https://web.archive.org/web/20070305182235/http://... https://web.archive.org/web/20070730185157/http://... https://web.archive.org/web/20071025062821/http://... https://web.archive.org/web/20110423011613/http://... https://web.archive.org/web/20110423233509/http://...